Saturday, 11 July 2009

Guru diarah terus guna dwibahasa dalam kelas

KUALA LUMPUR: Guru diarah terus menggunakan bahasa Inggeris atau dwibahasa dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih berkuat kuasa sehingga 2012. Arahan berkenaan dikeluarkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, kerana sudah ada guru yang menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya selepas kerajaan mengumumkan pemansuhan PPSMI mulai 2012. Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan pekeliling berhubung perubahan itu mulai minggu depan.
"Kerajaan sudah mengumumkannya dan dilaporkan secara meluas menerusi media. Tidak tidak ada alasan untuk mengajar murid menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya dalam mata pelajaran berkenaan. "PPSMI masih sah dan pengajaran perlu dilaksanakan dalam bahasa Inggeris atau dwibahasa seperti sebelum ini. Tidak adil jika guru melaksanakan pengajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya kerana PPSMI masih relevan," katanya semalam. Tinjauan Berita Harian ke beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati ada guru sudah menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya mengajar subjek Sains dan Matematik.
Mereka berbuat demikian dengan alasan kerajaan sudah mengembalikan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan ibu bapa kerana anak mereka sudah memulakan PPSMI sejak tahun satu. Seorang guru berkata, beliau menggunakan bahasa Malaysia kerana sebahagian besar murid lebih mudah memahami sesuatu topik jika diajar dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Alimuddin berkata, pihaknya akan menerangkan perkara itu secara terperinci menerusi Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mengenai perubahan dasar PPSMI bagi mengelakkan berlaku kekeliruan hingga menjejaskan proses pembelajaran murid. Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi, berkata langkah itu selaras pendekatan 'soft landing' kementerian untuk mengembalikan sepenuhnya PPSMI ke dalam bahasa Malaysia.
"Soalan dan jawapan dwi- bahasa akan dikekalkan dalam semua peperiksaan utama sehingga 2012, untuk berlaku adil kepada pelajar termasuk yang belajar menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. "Tidak perlu timbul isu kita menghentikan PPSMI mulai tahun depan seperti dituntut beberapa pihak kerana walaupun pemberhentian sepenuhnya berkuat kuasa 2012, kita tahu ada guru sudah mengambil inisiatif kembali mengajar dalam bahasa Malaysia," kata pada majlis bertemu pendidik sekitar Mukim Temalir pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam.

Friday, 15 May 2009

PM HARGAI SUMBANGAN PENDIDIK

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada golongan pendidik di negara ini sempena sambutan Hari Guru hari ini. Dalam tulisan terkini dalam blog 1Malaysia.com.my, Perdana Menteri merakamkan terima kasih kepada golongan pendidik yang berkorban untuk membina pemikiran setiap generasi Malay-sia. “Saya berharap golongan yang dihormati ini akan terus berkhidmat dengan dedikasi untuk generasi akan datang,” katanya.
Beliau berpendapat golongan guru adalah antara wira paling terabai di negara ini, hinggakan adakalanya ditempatkan di kawasan perkampungan yang jauh di pedalaman negara. “Mereka ini menghabiskan sebahagian besar daripada kehidupan mereka mengasuh dan membentuk anak-anak orang lain menjadi bakal modal insan yang akan mendorong pertumbuhan negara tercinta ini. “Sering kali pula tanggungjawab mereka memerlukan pengorbanan peribadi yang kadang kala tidak diendahkan dan dihargai oleh mereka yang menerima khidmat bakti mereka,” katanya.
Sehubungan itu, katanya jasa dan bakti guru tidak seharusnya hanya diingati setahun sekali, sebaliknya pengorbanan dan sumbangan mereka mesti diingati dan dihargai setiap hari. “Sebagai ibu dan bapa, kita semua mahukan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita dan berharap mereka akan berkembang menjadi ahli masyarakat yang berguna,” katanya. Najib berkata guru bukan hanya semata-mata bertujuan mengajar pelajar membuat kira-kira tolak atau campur, atau untuk membaca dan menulis dalam pelbagai bahasa, atau pun untuk menghafal tarikh-tarikh penting dalam sejarah negara. Kehadiran mereka, kata Perdana Menteri adalah untuk mendidik anak bangsa untuk menjadi kreatif, menjelaskan pandangan diri mereka dengan baik dan memahami peranan dan potensi diri dalam masyarakat.

Monday, 27 April 2009

FALSAFAH BARAT

Falsafah Pendidikan Barat boleh dibahagikan kepada dua jenis.
1. Tradisional
2. Moden
PERENIALISME
Berasal dari perkataan ‘perennial’ yang bermaksud tidak berubah.
Pendidikan berfokuskan kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah.

Ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah-ubah.
Menyemai unsur rasionaliti.
MATLAMAT
1.Mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat. Abadi dan tidak mempunyai had masa.
2.Menyediakan murid-murid untuk menhadapi cabaran yang timbul dalam kehidupan seharian.
ESENSIALISME
Bersifat konservatif
Bermula sebagai pergerakan falsafah yang sistematik pada tahun 1930an.
Menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap individu
Menjadikan masyarakat yang produktif
Bersifat praktikal dan prakmatik
MATLAMAT
1. Pengajaran maklumat berbentuk fakta
2. Proses pembelajaran perlu dihayati dan disimpan
3. Mengutamakan penghayatan budaya
SILA BUAT RUJUKAN DI BAWAH UNTUK NOTA TAMBAHAN

http://wahyuniunindrabio2a.blogspot.com/2008/06/aliran-aliran-pendidikan-esensialisme.html
Choong Lean Keow, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, 2008. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.: Kuala Lumpur

CABANG-CABANG FALSAFAH

METAFIZIK (ONTOLOGI)
Maksud :Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya.
Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh melampui penyiasatan saintifik.
Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
AXIOLOGI
Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud “nilai”.
Merangkumi dua aspek iaitu etika dan estetika.Mempersoalkan tentang baik@buruk, benar@salah,
cantik@hodoh.

ETIKA
Memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia.
Dikategorikan kepada tiga bidang asas iaitu :
Meta ethics
Normative ethicsApplied ethics

ESTETIKA
Merujuk kepada kriteria kepada kecantikan dalam kesenian,
alam sekeliling dan kehidupan.
Ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.
EPISTEMOLOGI
Berasal dari perkataan Yunani episteme yang bermaksud “ilmu” atau “sains” dan logos yang bermakna “keterangan”.
Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan.
Berfokuskan kepada penganalisaan, penghasilan dan tuntutan ilmu.

Sumber-sumber ilmu :
Wahyu
Berasaskan pengalaman pancaindera
Intuisi
Pandangan pakar
Logik
Kaedah saintifik
LOGIK
Menerangkan hubungan antara idea-idea disamping memberi alasan bagi jawapan yang diberi.
Logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.

Logik Induktif :
Bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penaakulan terhadap butiran tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.

Logik Deduktif :
Bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.

Friday, 24 April 2009

Wednesday, 8 April 2009

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggung jawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa penting usaha menuju kepada arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.


Matlamat FPG
-Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan.
-Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan
-Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan.- Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

žtercetus pada 1979 menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet
mengandungi prinsip, nilai, hala tuju pendidikan
pentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan
jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan
Terdapat 3 dasar yg mengstrukturkan FPK
-Rukunegara
-Dasar Ekonomi Baru
-Dasar Pendidikan Kebangsaan
FPK Ditubuhkan pada 1988
FPN – FPK



Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.“



Matlamat
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
Percaya dan patuh kepada Tuhan
Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum



Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu :
Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan



Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.


IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM

KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah :
Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan
Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah.


Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan
Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional
Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum
Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan
Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan
Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan
Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris
Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.



Implikasi terhadap pendidik
Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.



Implikasi terhadap institusi pendidikan
Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi :
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.



Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

BAB 2 KONSEP FALSAFAH

Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.


Matlamat
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
Percaya dan patuh kepada Tuhan
Berilmu pengetahuan
berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum



Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu :
Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.



Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.


SOALAN RAMALAN

Huraikan kepentingan kefahaman tentang konsep falsafah dan falsafah pendidikan dalam latihan perguruan.

BAB 1 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Sebelum Merdeka
1.Sistem Pondok dan Pendidikan Vernakular
- dasar pecah dan perintah merupakan bentuk sistem pendidikan pada masa ini
- tiada penyatuan antara penduduk bandar dgn luar bandar lebih-lebih lagi antara kaum
- sistem ini terus berkembang tanpa ambil kira soal kepeluan kpd pembangunan tanah air,
pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan rakyat dan kemanusiaan
- mengekalkan tumpuan taat kepada negara masing-masing.

Laporan Cheeseman
Laporan ini disediakan oleh Mr H.R Cheeseman, Timbalan Pengarah Pendidikan pada tahun 1938.
Tujuan : Membuat satu laporan tentang kurikulum sekolah Inggeris dan vernakular
Tahun : 1938
Cadangan : 1. Menambahkan sekolah tukang dan memperbaiki kurikulum bagi sekolah-
sekolah tersebut supaya mereka akan dijadikan Sekolah Teknik Rendah.
2. Kurikulum Bahasa Inggeris hendaklah memasukkan mata pelajaran ‘amali’
spt pertukangan bagi lelaki dan sains rumah tangga bagi perempuan.
3. Masukkan mata pelajaran Sains. Bahasa Inggeris mp wajib di semua sekolah
vernakular.
4. Sekolah perdagangan di pusat bandar besar yang lulus Peperiksaan School
Certificate.
5. Lantik pengelola sekolah vokasional.
6. Pendidikan asas dalam semua bahasa pengantar, diberi secara percuma.

Laporan Barnes
Laporan ini disediakan oleh jawatankuasa mengenai pendidikan Melayu
Pengerusi : En L.J.Barnes
Pengarah Bhgn Latihan Sisial University Oxford
Tujuan : Menyelidik dan memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu
Tahun : 1950
Cadangan : Melibatkan rombakan sistem pendidikan
-menubuhkan sek-sek dwibahasa dgn BI dan BM sbg bhs penghantar
- sek-sek vernakular : Melayu, Cina dan Tamil ditukar secara beransur-ansur kpd
sek keb.
- Mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi org Melyu
- Memperluaskan peluang pendidikan bagi anak melayu.

Laporan Fenn-Wu
Laporan ini disediakan oleh jawatankuasa mengenai pendidikan Cina
Pengerusi : Dr Fenn & Dr Wu
Setiausaha Kerja Bersekutu kpd Lembaga Amanah bagi beberapa buah universiti di China.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Tujuan : Melayani kehendak masy Cina yg menganggap laporan Barnes sbg percubaan menghapuskan bahasa dan budaya org-org Cina
Tahun : 1951
Cadangan : Memperakukan pengekalan dan pembaikan sekolah-sekolah Cina.
Kesannya : Kerajaan menubuhkan JK Penasihat Pusat mengenai pendidikan dgn tujuan utk mengkaji cdgan kedua-dua laporan dan mencari satu kompromi daripada kedua-dua pendapat.

Cadangan : Dikenali Ordinan Pelajaran 1952 dan antara ciri-ciri penting ;
- memajukan sist sek keb dgn pengenalan unsur dwibahasa kpd sek-sek vernakular
- mengadakan 3 bhsa kpd sek vernakular melalui bhs keb
- mengekalkan sek aliran jenis kebangsaan (inggeris) yg sedia ada.
- mengembangkan sek-sek vokasional

Selepas Merdeka
Laporan Razak
Sebagai memenuhi janji pilihanraya spy mengkaji semula dasar pendidikan. JK Khas dibentuk pada tahun 1956
Pengerusi : Dato’ Abdul Razak Hussein (Menteri Pendidikan)
Tujuan : 1. Menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu dan bina satu sistem pendidikan kebangsaan.
2. kaji semula struktur pendidikan negara
Cadangan : 1. Mengadakan sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama bagi semua jenis sekolah.
2. tubuh satu jenis sekolah menengah kebangsaan
3. tukar sekolah rendah kepada sek kebangsaan dan jenis kebangsaan
4. menyusun semula pendidikan teknikal
Bermesyuarat 8 kali, dan diterima oleh Parlimen pada 16 Mei 1956

Laporan Abdul Rahman Talib
Mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan pada Februari 1960
Pengerusi : Encik Abdul Rahman Talib (Menteri Pendidikan)
Tujuan : 1. Mengkaji dasar pendidikan yg telah diterima pada 15 Mei 1956
2. kaji pelaksanaannya pada masa kini dan akan datang.
3. implikasi kewangan tentang dasar ini, termasuk pendidikan rendah percuma.
Laporan ini diterima oleh Parlimen dan menjadi Akta Pendidikan 1961.
Antara perakuan utama :
-pendidikan rendah percuma
- kenaikan darjah secara terus hingga tingakatan 3
- peperiksaan darjah 5
- memajukan pendidikan teknik dan vokasional

Laporan Kabinet
Setelah satu dekad sejak 1960 satu jk dipengerusikan Dr Mahathir Mohamed (Menteri Pendidikan) untuk :

“mengkaji semua matlamat dan kesannya sistem pendidikan sekarang, termasuk kurikulum, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dgn tujuan utk memastikan bhw keperluan tenaga rakyat dapat dipenuhi sama ada dari jangka pendek mahupun jangka panjang dan memastikan sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersepadu, bersidiplin dan terlatih”
Antara cadangan penting ialah pendidikan rendah, pendidikan menengah, latihan perguruan, politeknik, perkhidmatan bimbingan dan kerjaya, pendidikan khas dan pendidikan moral dan etika

Semasa
Akta Pendidikan 1996
Dikenali jiga sebagai Rang Undang-undang Pendidikan Penambaikian
1. Kurikulum untuk tadika wajib oleh semua tadika
2. Pendidikan rendah antara 5 – 7 tahun
3. Pendidikan Khas
4. Maktab Perguruan mengadakan kursus Ijazah , Diploma/Sijil

Sekolah Bestari
Sebagai memenuhi tuntutan di masa akan datang dalam melahirkan pekerja ilmu yang bermaklumat, mahir, berketrampilan dan mempunyai etika yang positif.
Pelaksanaan P & P kurikulum menggunakan kemudahan teknologi yang terkini mampu untuk memperkembangkan potensi pelajar dalam pelbagai aspek melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Sekolah Wawasan
Diwujudkan bagi mengeratkan perpaduan kaun di negara ini.
Berkonsepkan 3 aliran iaitu SK, SJKC dan SJKT yang ditempatkan dalam satu kompleks.
Setiap sekolah menggunakan bahasa penghantar masing-masing.
Para pelajar digalakkan berkongsi kemudahan spt kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang sekolah.

Soalan Ramalan

1. Apakah tujuan membentuk jawatankuasa Laporan Barnes?
2. Mengapakah kaun Cina menentang cadangan dalam Laporan Barnes?
3. Apakah cadangan-cadangan dalam Laporan Cheeseman?
4. Mengapakah Rancangan Cheeseman tidak dilaksanakan?
5. Apakah objektif menubuhkan Laporan Razak?
6. Huraikan lima daripada cadangan yang terkandung dalam Laporan Abdul Rahman Talib
7. Apakah tujuan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet.
8. Pada pandangan anda, apakah pro dan kontra dengan melaksanakan sekolah bestari dan sekolah wawasan?
9. Ceritakan sekolah Integrasi dan sekolah kluster.

Norharezal trauma hingga mengigau

JASIN: Beberapa hari selepas menjadi mangsa 'lepas geram’ seorang ustaz di Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Mizan, Muar, Mohamad Noharezal Mohd Faizal masih diselubungi trauma dan sering mengigau ketika tidur.Kanak-kanak berusia 11 tahun itu didakwa sering terjaga ketika tidur sambil meraung dan menjerit kalimah Allahu Akbar seperti ketika dirotan guru agamanya.Ibunya, Noormala Budin, 27, berkata anak sulungnya itu masih terkejut dengan kejadian menimpanya menyebabkan dia banyak menghabiskan masa berbaring dan tidur di bilik serta berbual dengan keluarga.Katanya, keadaan itu berbeza dengan sebelum ini apabila Mohamad Norharezal yang periang kerap bermain bersama adik-beradik dan rakan di luar kawasan rumah.
Saya kasihan melihatnya. Tetapi saya tetap berdoa supaya Allah memberi kekuatan kepadanya. Dia masih kecil dan kami sekeluarga selalu memberi nasihat kepadanya,” katanya.

Kami belum dapat maafkan dia’

JASIN: “Belum terbuka lagi hati kami untuk memaafkannya. Apa yang pasti, hati kami sangat terguris dengan sikap dan tindakan guru agama itu. Kalau boleh, biarlah dia sendiri rasa apa yang kami sekeluarga rasa pada masa ini,” keluh ibu kepada Mohamad Norharezal Mohd Faizal, 11, murid sebuah sekolah agama swasta di Muar, dekat sini, yang mendakwa dirotan lebih 20 kali oleh seorang ustaz pada Sabtu lalu.Noormala Budin, 27, berkata dia dan ahli keluarganya sepakat tidak akan menarik balik laporan yang dibuat di Balai Polis Sungai Mati, Muar pada Ahad lalu walaupun diminta berbuat demikian oleh pentadbir sekolah agama terbabit.“Terus terang saya katakan, kami sekeluarga amat kecewa apabila kejadian itu diperlakukan ke atas anak saya. Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya dipukul umpama binatang dan kesannya boleh dilihat dengan mata kasar.“Sebab itu, saya membuat laporan polis supaya pihak sekolah, khusus ustaz yang memukul anak saya itu mendapat pengajaran daripada perbuatannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Debunga, Merlimau di sini, semalam.
Sebelum itu, keluarga Mohamad Norharezal dikunjungi beberapa pentadbir sekolah agama terbabit kira-kira jam 3 petang. Turut kelihatan ialah ustaz yang didakwa merotannya.
Noormala berkata, keluarganya turut kesal apabila pihak sekolah agama berkenaan langsung tidak mengambil tahu kesakitan yang ditanggung anak sulungnya itu selepas dirotan.“Apa yang diberitahu anak saya, dia amat sakit selepas dirotan, malah pada malam kejadian, Mohamad Norharezal terpaksa dipapah rakannya untuk mengambil wuduk dan solat dalam keadaan duduk kerana kesakitan.“Mendengar ceritanya sudah menyebabkan saya cukup sedih. Memang tidak boleh digambarkan bagaimana keadaan anak saya ketika dipukul,” katanya.Sementara itu, suasana ‘panas’ mewarnai perbincangan kedua-dua pihak menyebabkan ustaz berkenaan tidak mampu berkata apa-apa selain memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Monday, 30 March 2009

LAPORAN SBE

SELAMAT KEMBALI KE IPGM KOTA BHARU, ANDA DIKEHENDAKI MENGHANTAR PORTFOLIO DAN LAPORAN SBE PADA 8 MAC 2009 (RABU).
HARAP MAKLUM !!!.

Monday, 9 March 2009

SAINS MATEMATIK DWIBAHASA

Utusan Malaysia 10 Mac 2009


MELAKA 9 Mac - Kerajaan dicadangkan memberi pilihan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa itu untuk mengelak pertikaian yang berterusan sehingga ia menjadi isu politik.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mencadangkan perkara itu berkata, beliau yakin, jika cadangan itu dilaksanakan, ia dapat menghentikan pergolakan terhadap PPSMI yang cuba dipolitikkan seperti apa yang berlaku hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ada juga sebahagian ahli UMNO dan parti pembangkang bersetuju pengajaran dua mata pelajaran itu menggunakan bahasa Melayu.
"Dengan cara ini, murid-murid akan ada pilihan, boleh buat ikut kemampuan mereka sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu," katanya pada sidang akhbar selepas sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Azim, Bukit Palah dekat sini, hari ini.
Mohd. Ali berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia di sini hari ini mengenai perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI yang berlangsung di Masjid Negara, semalam yang turut didalangi pembangkang.
Perhimpunan yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain segelintir peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, beliau percaya, keadaan itu tercetus kerana kebimbangan di kalangan mereka kononnya kerajaan tidak mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
"Kerajaan telah buat satu keputusan berasaskan laporan, tapi mood orang ramai nampaknya mereka suka dalam Bahasa Melayu.
"Justeru, pendapat saya, kalau ramai rasa Bahasa Melayu perlu dipertahankan, tak apa, kita pertahankannya," katanya.
Sementara itu Majlis Belia Malaysia (MBM) juga mencadangkan supaya pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dalam sistem dwibahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Timbalan Presiden MBM, Datuk Idris Haron berkata, kaedah itu lebih sesuai sebagai jalan tengah penyelesaian isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang bersifat menang-menang.
Menurut beliau, ini bermakna kerajaan perlu meneruskan dasar PPSMI tetapi pada masa sama turut membenarkan pelajar dan ibu bapa membuat pilihan terbaik mengikut kesesuaian kemahiran bahasa anak- anak mereka.
"Jalan terbaik ialah mengambil pendekatan menang-menang atau jalan tengah kerana selepas PPSMI diperkenalkan kira-kira enam tahun lalu, telah banyak pelaburan yang dibuat termasuk kos penerbitan buku teks dalam bahasa Inggeris dan latihan kepada guru terbabit.
"Malah pada masa sama juga terdapat para pelajar dan ibu bapa yang selesa dengan penggunaan bahasa Inggeris.
"Bagaimanapun kita tidak boleh lupakan sekumpulan pelajar lain terutama di kawasan pedalaman yang ketinggalan dalam kedua-dua subjek kerana masalah bahasa," katanya
Semua perlu sedar kepentingan PPSMI
Oleh WAN SYAMSUL AMLYpengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 Mac - Semua pihak perlu sedar kepentingan menguasai pelbagai bahasa dan tidak mempolitikkan isu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, isu PPSMI memberi kelebihan kepada pembangkang meraih sokongan rakyat serta mengetepikan kepentingan anak bangsa sendiri.
''Kita harap tiada pihak yang mahu mempolitikkan isu pendidikan. Adalah tidak sihat apabila PPSMI dilihat seolah-olah dihalang dengan alasan tidak mendaulatkan bahasa Melayu.
''Kita perlu perkasakan guru-guru serta lihat kemampuan mereka. Zaman ini kita harus sedar ilmu itu merupakan jiwa kepada bangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI yang didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan semalam.
Kata Mukhriz, Kementerian Pelajaran harus mengambil kira beberapa perkara yang perlu diubah dan cadangan-cadangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
''Kita perlu tengok apa yang boleh diubah untuk penambahbaikan selain menjamin kesempurnaan PPSMI.
''Kita perlu utamakan semua pihak dan memikirkan pelan jangka panjang terutama kepada anak-anak bangsa di pedalaman," ujarnya.
Ketika ditanya tentang sikap pembangkang yang dilihat menjadi dalang demonstrasi membantah PPSMI, Mukhriz berkata, sebelum ini pembangkang asyik menghentam UMNO berhubung isu itu.
Malah, katanya, pembangkang sering menuduh UMNO sebagai asabiyah (perkauman) setiap kali membela orang Melayu.
''Sejak bila pula pembangkang mahu mempertahankan bahasa Melayu kerana kita semua tahu selama ini mereka suka menghentam UMNO mengenai isu ini.
Mengulas isu yang sama, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo berkata, isu PPSMI dilihat masih belum cukup sempurna kerana beberapa sistem pelaksanaannya perlu diubah mengikut keadaan semasa.
Katanya, masyarakat tidak boleh menolak kepentingan bahasa Inggeris di peringkat global justeru tindakan menafikannya dilihat suatu kerugian kepada diri sendiri.
''Kita kena akui kepentingan bahasa Inggeris. Kita kena mencari pendekatan baru untuk mengubahsuai pelaksanaannya sekali gus meningkatkan kualiti bahasa Melayu sendiri.
''Pada masa yang sama kita tidak boleh meminggirkan bahasa Inggeris dan pendedahan kepada bahasa tersebut perlu sentiasa dilakukan,'' jelasnya.

Sunday, 8 March 2009

PEMBENTANG KELAS PEM (BM)

1. Konsep asas Falsafah dan Falsafah Pendidikan - Solehah Ibrahim dan Maizatul Aqilah (dah bentang)
2. Falsafah Pendidikan Timur dan Islam - Wan Nur Hidayah dan Noor Ameera (dah bentang)
3. Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat - Lee Su Yong dan Siti Nurzamira (dah bentang)
4. Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat - Nabiha dan Siti Norfadilah (dah bentang)
5. Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat - Safia Waheeda dan Nor Farhana(dah bentang)
6. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan FPG - Reshalini dan Noor Amera (dah bentang)
7. Konsep Modal Insan - Zulfadhli dan Mhamad Asraff (dah bentang)
8. Perjuangan Insan Pendidik (Tokoh Timur dan Barat) - Nur Aishah dan Norain Farahani (dah bentang)
9. Perjuangan Insan Pendidik - (Tokoh Negara) - Muhamad AlHafiz dan Mohd Firdaus
10. Guru sebagai pembentuk Insan - Mohd Firdaus dan Zulhairy. (dah bentang)
11. Perkembangan Kurikulum - Nordiana dan Nursuhaida.

PEMBENTANG KELAS MATE 1

1. M2 Konsep asas Falsafah dan Falsafah Pendidikan- Ahmad Faiz dan Azizi Safiai - Dah bentang
2. M3 Falsafah Pendidikan Islam dan Timur- Fatimah Zahrah dan Syarifah Munirah- Dah bentang
3. M4 Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat (Tradisional)- Izzat Syahir dan Muhamad Arif -Dah bentang

4. M5 Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat (Moden)-Mohamad Fahmi dan Mohd Afizi -Dah bentang
5. M6 Implikasi Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat thd Pendidikan di Malaysia- Mohd Mursyidi dan Wan Muhamad Anas- dah bentang
6. M7 Falsafah Pendidikan Kebangsaan-Mohd Syazwan dan Muhd Aizat -dah bentang

7. M8 Konsep Modal Insan-Nasuha dan Nurfadila -dah bentang
8. M9 Perjuangan Insan Pendidik (Tokoh Barat dan Timur)-Norshida dan Rosenani - dah bentang
9. M10 Perjuangan Insan Pendidik (Tokoh Pendidik Negara)-Norafifah dan Wan Nur Shaidah - dah bentang
10. M11 Guru sebagai Pembentuk Insan- Norhatikah dan Siti Fatima
11. M12 Pembentukan Kurikulum (Definisi,Teori,Model)-Izzat, Aizat, Faiz, Ariff, Syazwan
12. M13 Pembentukan Kurikulum (teori dan model pembinaan)-Fahmi, Afizi, Azizi, Mursyidi, Anas
13. M14 Pelaksanaan KBSR-Atika, Fatima, nasuha, Siti Fatimah, Syarifah Munirah (dah bentang)
14. Pembentukan dan Pelaksanaan Kurikulum KBSR-Norshida, Afifah, Wan Nurshaidah, Rosenani, Fadila. (dah bentang)
TAHNIAH DAN SYABAS KERANA ANDA TELAH BERJAYA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN BAIK.

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails