Saturday, 28 January 2012

SOALAN TUTORIAL DAN ISL MINGGU 3 2012

Dalam kumpulan pelajar memilih seorang tokoh falsafah pendidikan Islam dan seorang tokoh falsafah pendidikan Timur serta membentangkan pandangan tokoh tersebut.

ISL

Persediaan tutorial:

Mencari maklumat di internet dan perpustakaan mengenai perkembangan falsafah pendidikan barat dan membanding beza antara cabang-cabang dalam falsafah pendidikan Barat dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai.

Rujukan:

Mohd Yusuf Ahmad.(2002).

Falsafah dan sejarah pendidikan Islam. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.

Sunday, 15 January 2012

Transformasi pendidikan, modal insan asas negara maju

15/01/2012 4:56pm

PEKAN 15 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju tidak akan tercapai jika transformasi dalam bidang pendidikan dan modal insan tidak dilakukan dengan sebaiknya.

Beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar dalam bidang pendidikan dan ia perlu didokong semua pihak termasuk rakyat bagi merealisasikan hasrat mencapai sebuah negara maju.

"Bidang pendidikan adalah satu bidang keutamaan yang perlu diperjuangkan, yang perlu disuntik dari segi kewangan, prasarana serta dokongan moral semua pihak termasuk rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah cemerlang pelajar UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) Parlimen Pekan di sini hari ini.

Najib berkata, sebanyak 22 peratus daripada belanjawan negara setiap tahun adalah diperuntukkan untuk bidang pendidikan, yang membuktikan kerajaan amat menekankan pencapaian cemerlang bidang pendidikan negara.

"Selain itu, kita tambah lagi peruntukan menerusi badan-badan dan yayasan seperti di Pahang, Yayasan Pahang untuk memajukan bidang pendidikan negara, kita juga cari dari sumber-sumber lain untuk bidang pendidikan, malah peruntukan untuk wakil rakyat juga banyak disalurkan untuk bidang pendidikan.

"Apa yang kita ingin capai untuk menjadi sebuah negara maju tak mungkin jadi kenyataan jika kita tidak dapat bangunkan jumlah modal insan, jumlah yang mencakupi dalam bidang-bidang penting," katanya.

Najib berkata, semua lapisan rakyat perlu mendokong hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan menekankan pencapaian cemerlang anak-anak mereka dalam bidang pendidikan.

Terdahulu ketika berucap pada majlis perasmian pusat komuniti perumahan bersepadu kampung Padang Rumbia, dekat Paloh Hinai, Najib berkata, usaha transformasi menjadikan negara maju perlulah didokong semua pihak. - BERNAMA

Friday, 13 January 2012

SOALAN TUTORIAL DAN ISL MINGGU 2 2012

TUTORIAL
Pelajar membentangkan peta minda mengenai cabang-cabang dalam falsafah pendidikan.
Buat rumusan tentang Konsep asas falsafah dan falsafah pendidikan.

ISL
Persediaan Tutorial
Pelajar mencari bahan atau maklumat mengenai tokoh2 falsafah pendidikan Islam dan membuat nota mengenainya.

Sunday, 8 January 2012

SOALAN TUTORIAL DAN ISL MINGGU 1 2012

ISL
Persediaan Tutorial:
membuat rujukan di pusat sumber mengenai cabang2 falsafah pendidikan dan membuat rumusan dalam bentuk peta minda.

Tutorial
Pembahagian kumpulan dan topik tutorial utk pembentangan
Membandingbezakan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka dengan menggunakan pengurusan grafik dan membentangkannya dalam kelas.
Power point dan pembentangan yg baik akan dinilai...

KULIAH MINGGU 2

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1. Sebelum Merdeka, selepas merdeka dan semasa merdeka
- Jenis Sekolah
- Laporan Pendidikan
-masalah timbul

Saturday, 7 January 2012

SELAMAT BERTEMU KEMBALI UNTUK SESI JAN 2012

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails