Tuesday, 10 April 2012

Langkah kurangkan gejala sosial

KUALA LUMPUR 10 April - Tuntutan supaya subjek Agama Islam diwajibkan lulus dalam semua peperiksaan utama di Malaysia disifatkan sebagai langkah terbaik dalam usaha mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini.
Bagaimanapun, menurut Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin (gambar), ia perlu disusuli dengan aktiviti yang menerapkan nilai-nilai seperti dituntut dalam ajaran Islam itu sendiri.
Ini kerana, menurut beliau, sistem pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan peperiksaan dan soal wajib lulus subjek tersebut bukan jaminan generasi muda tidak akan terjebak dengan sebarang aktiviti negatif.
"Sepatutnya ia bukan sekadar lulus dalam peperiksaan tetapi perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails